:
CARA MEMOHON


Sukacita dimaklumkan pendaftaran atas talian sudah dibuka kepada semua ibu bapa & penjaga untuk memohon kemasukan anak tuan ke Ujian Saringan Tahun 1 sesi 2020. Tarikh tutup permohonan sehingga 31 Mei 2019.

 

Permohonan atas talian boleh diakses melalui laman sesawang sekolah. Ibu bapa & penjaga juga disarankan untuk mendaftar anak di institusi lain sebagai alternatif mengelakkan anak tuan tercicir sesi persekolahan sesi 2020.